Kepada semua, jom berbicara tentang seni / seni lukis. Saya telah menghasilkan beberapa lukisan untuk dikongsi. Tatapi lah keindahan semulajadi..

Sunday, July 19, 2009

indah jemariku memohon doa



indah jemariku memohon doa, 2007, oil on canvas, 81x53cm, by yussof ag. damit, F.T. Labuan

Kita manusia sangatlah lemah. Sehebat mana pun kita, ada masanya kita mengadu jua. Mengadu kepada ayah, ibu, pasangan, adik, abang, kakak, rakan atau siapa saja yang sudi mendengar. Sehinggakan kadangkala kita lupa mengadu pada yang Maha Esa. Bila terasa keseorangan, baru menadah tangan.

Bila dalam kebahagiaan, jemari yang indah jarang atau tak lagi menadah. Kebahagian mengabur pandangan mata dan hati. Sehingga bertukar kesedihan.

Mari berdoa..

No comments: