Dear all, lets talk about art here. I have created few paintings to share. enjoy the beauty of nature..
Kepada semua, jom berbicara tentang seni / seni lukis. Saya telah menghasilkan beberapa lukisan untuk dikongsi. Tatapi lah keindahan semulajadi..
Friday, August 29, 2008
kenapa aku di tengah?
kenapa aku di tengah? Satu soalan. Selalunya soalan dituju kepada seseorang. Tapi ini dituju kepada diri sendiri. Mungkin jarang kita bertanya kepada diri sendiri. mungkinkah itu yang ditanya salah satu daripada subjek-subjek yang ku lukis ini? ia bertanya kedudukan. Agak berbeza dengan yang di sekelilingnya. Rupa agak sama, tapi kedudukan berbeza. Kenapa? Bila kita lihat sekeliling kita, masing-masing dengan kedudukan mereka. Tapi kenapa kita disini iaitu tempat yang kita berpijak sekarang? apa fungsi dan tugasnya? Cukup masa anggota kita terhenti.
Renung renung yang berwarna hijau. Hijau bawa ketenangan. Dengar dengar apa yang dikata, walaupun tiada suaranya.
Monday, August 25, 2008
sedia payung sebelum hujan - 2
tumbuhan yang ku kenali sebagai Anthurium ni aku temui di Kompleks Sukan Laut W.P. Labuan sebagai salah satu tanaman hiasan di sekitar bangunannya. Keindahan ciptaan Tuhan ini ku lakarkan di atas kain kanvas berukuran lebih kurang 69x75.5cm. Nak tahu bahagian mana yang paling aku suka warnakan? cuba lihat bahagian yang benbentuk seperti belalai tu.. 'part' yang itulah kegemaran ku ketika menyiapkan karya ni lebih-lebih lagi di hujung yang sebahagian kecilnya terdedah kepada cahaya matahari tu. Bahagian ini perlu kesabaran untuk melukisnya. Ya.. kesabaran yang bagi ku adalah komponen sangat penting dalam melukis.. yang belum ku miliki ketika aku di sekolah rendah dahulu. Ketika itu lukisan ku sering rosak bila sampai bab mewarna.
Tangkai yang berbentuk seperti belalai ni dilindungi oleh daunnya yang menimbulkan suasana redup. Kelihatan seperti bahagian ini agak penting. Cuba lihat biji-biji yang kelihatan seperti berduri di sekeliling tangkai tersebut. Tersusun indah dan terperinci. Sambil tanganku memegang berus mewarnai lakaran biji-biji tersebut, alangkah kagumnya aku bertapa indah dan terperincinya ciptaan Tuhan. Sama-samalah kita memelihara keindahan ini. Merosakan akan merugikan kita.
Sunday, August 10, 2008
sedia payung sebelum hujan
Orang tua kata, sedia payung sebelum hujan. Kalau hujan di tengah jalan, taklah kita basah kuyup. Sentiasa siap sedia menghadapi kemungkinan. Subjek tumbuhan semulajadi yang siap ku lukis pada tahun 2005 ni mengingatkan ku pada peribahasa ini. Subjek ni ku lukis dengan cat minyak di atas kanvas. Mencabar juga untuk melukis subjek ni tapi aku seronok melukisnya. Menguji kesabaran & ketekunan. Hayatilah keindahan semulajadi tumbuhan ini. Renungi dalam-dalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)