Kepada semua, jom berbicara tentang seni / seni lukis. Saya telah menghasilkan beberapa lukisan untuk dikongsi. Tatapi lah keindahan semulajadi..

Friday, August 29, 2008

kenapa aku di tengah?


kenapa aku di tengah? Satu soalan. Selalunya soalan dituju kepada seseorang. Tapi ini dituju kepada diri sendiri. Mungkin jarang kita bertanya kepada diri sendiri. mungkinkah itu yang ditanya salah satu daripada subjek-subjek yang ku lukis ini? ia bertanya kedudukan. Agak berbeza dengan yang di sekelilingnya. Rupa agak sama, tapi kedudukan berbeza. Kenapa? Bila kita lihat sekeliling kita, masing-masing dengan kedudukan mereka. Tapi kenapa kita disini iaitu tempat yang kita berpijak sekarang? apa fungsi dan tugasnya? Cukup masa anggota kita terhenti.

Renung renung yang berwarna hijau. Hijau bawa ketenangan. Dengar dengar apa yang dikata, walaupun tiada suaranya.

Monday, August 25, 2008

sedia payung sebelum hujan - 2


tumbuhan yang ku kenali sebagai Anthurium ni aku temui di Kompleks Sukan Laut W.P. Labuan sebagai salah satu tanaman hiasan di sekitar bangunannya. Keindahan ciptaan Tuhan ini ku lakarkan di atas kain kanvas berukuran lebih kurang 69x75.5cm. Nak tahu bahagian mana yang paling aku suka warnakan? cuba lihat bahagian yang benbentuk seperti belalai tu.. 'part' yang itulah kegemaran ku ketika menyiapkan karya ni lebih-lebih lagi di hujung yang sebahagian kecilnya terdedah kepada cahaya matahari tu. Bahagian ini perlu kesabaran untuk melukisnya. Ya.. kesabaran yang bagi ku adalah komponen sangat penting dalam melukis.. yang belum ku miliki ketika aku di sekolah rendah dahulu. Ketika itu lukisan ku sering rosak bila sampai bab mewarna.

Tangkai yang berbentuk seperti belalai ni dilindungi oleh daunnya yang menimbulkan suasana redup. Kelihatan seperti bahagian ini agak penting. Cuba lihat biji-biji yang kelihatan seperti berduri di sekeliling tangkai tersebut. Tersusun indah dan terperinci. Sambil tanganku memegang berus mewarnai lakaran biji-biji tersebut, alangkah kagumnya aku bertapa indah dan terperincinya ciptaan Tuhan. Sama-samalah kita memelihara keindahan ini. Merosakan akan merugikan kita.

Sunday, August 10, 2008

sedia payung sebelum hujan


Orang tua kata, sedia payung sebelum hujan. Kalau hujan di tengah jalan, taklah kita basah kuyup. Sentiasa siap sedia menghadapi kemungkinan. Subjek tumbuhan semulajadi yang siap ku lukis pada tahun 2005 ni mengingatkan ku pada peribahasa ini. Subjek ni ku lukis dengan cat minyak di atas kanvas. Mencabar juga untuk melukis subjek ni tapi aku seronok melukisnya. Menguji kesabaran & ketekunan. Hayatilah keindahan semulajadi tumbuhan ini. Renungi dalam-dalam.

Sunday, June 29, 2008

pelukis untuk apa ya?

salam semua,
saya yakin pelukis boleh memainkan peranan penting kepada masyarakat.
kepada sesiapa yang mempunyai sebarang idea tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelukis kepada membawa kebaikan kepada masyarakat. Jom lontarkan komen anda di sini.

Tuesday, June 10, 2008

dari hujung rambut seri


subjek ni ku lukis pada tahun 2004. Aku guna medium cat minyak atas kanvas. Kalau tak silap, cat minyak yang aku guna masa tu adalah cat minyak made in China.. aku beli dekat Petaling Street.. seronok la juga aku guna cat minyak ni sebab murah sikit... apapun, yang penting seperti biasa bila ku teliti hujung sehelai daun pada pokok yang tiba-tiba aku terpandang di kawasan bandar Labuan, aku sentiasa kagum dengan kebesaran Pencipta yang begitu teliti dengan ciptaan-Nya. Fuh.. begitu indah.. dan tersusun.. hijau.. warna yang damai.. sayang aku tak tahu nama pokoknya..
tak tahu tak apa.. aku lukiskan juga subjek indah ni di atas kanvas.. untuk apa? saja untuk share dengan you all keindahannya.. aku yakin tak semua antara kita yang meluangkan masa atau terfikir untuk merenung keindahan yang kecil.. yang besar mudah nampak.. yang kecil kena rajin sikit bang hehehe.. Kenapa 'dari hujung rambut seri'? 'seri' ada kuceritakan sedikit dalam artikelku : kenapa 'seri bukan sundal'. yang lain tu you all bole agak kot.. emmm tak perlu pening.. its just a name.. yang penting keindahannya.. enjoy the beauty..

Thursday, April 10, 2008

9 sahabat


I love green. It makes me peaceful. Look at my painting here. I painted this subject on canvas using oil paints. I call it '9 sahabat'. I guess you can see what I meant. for those who are not malay, 'sahabat' means 'friend'. What ever you see in this painting, I would like to keep your focus on the beauty of the original subject. Enjoy the beauty.